
[ad_1]
Terdapat perkongsian di laman media sosial petang ini yang memaparkan kejadian banjir yang sedang melanda beberapa kawasan di sekitar Cheras, termasuklah di Bandar Sri Permaisuri dan UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), ekoran hujan lebat hampir sejam.
Dalam masa yang sama, Speedy KL juga telah berkongsi maklumat berhubung terdapat perkhidmatan bas kendaliannya yang tidak dapat melalui terowong Jalan Chan Sow Lin disebabkan banjir.
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga berkongsi maklumat mengenai banjir kilat yang berlaku di KM B0.6sb pusat bandar menghala ke Salak Selatan. Di mana terdapat penutupan lorong perlahan dan tengah di laluan terbabit.
Malah trafik juga dilaporkan sesak akibat air bertakung di Salak Expressway, Jalan Tun Razak, Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Hishamudin dan Lebuhraya KL-Seremban.
Oleh itu, jika jalan yang anda ingin lalui terjejas, tangguhkan perjalanan anda jika boleh, dan elakkan untuk menggunakan laluan tersebut kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang ketara pada kenderaan anda.
Anda juga disyorkan untuk mendapatkan insurans tambahan bencana alam untuk perlindungan kenderaan anda. Perlu diingat, untuk membaikpulih kenderaan yang rosak akibat banjir memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi, maka dengan adanya insurans khas ini mampu mengurangkan beban kewangan anda.
1731hrs Besraya@E9: Banjir kilat KM B0.6sb Pusat Bandar ke Salak Selatan. Penutupan lorong perlahan dan tengah. Trafik sesak di lokasi. #kltu @llmtrafik
— Information Trafik Besraya (@BESRAYAtrafik) October 6, 2023
Nak jual kereta anda? Jual dengan myTukar.
[ad_2]